welcome

ShakleebySheila

Tuesday, May 01, 2018

Penyakit Tekanan Darah Tinggi

APA ITU TEKANAN DARAH TINGGI?
          Tekanan darah tinggi  merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi ramai manusia  di seluruh dunia. Penyakit ini berlaku apabila tekanan darah ke atas arteri berlebihan.

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan strok.

KATEGORI PENYAKIT DARAH TINGGI.
Tekanan darah tinggi terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Tekanan darah tinggi primer – merujuk darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan dihadapi oleh 95% pesakit-pesakit ini di seluruh dunia.
2. Tekanan darah tinggi sekunder – selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit  lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah @ jantung.





STATISTIK KES-KES PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
Menurut kajian Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati, kira-kira 4.8 juta rakyat di Malaysia adalah pesakit tekanan darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Tidak sampai 10% daripada jumlah pesakit ini yang dapat mengawal tekanan darah mereka di dalam kadar yang amat sihat.


KENAPA PERLU BERHATI-HATI DENGAN TEKANAN DARAH TINGGI?
Sekiranya darah tinggi tidak dirawat, ia membawa risiko serangan jantung,strok,penyakit  buah pinggang dan seterusnya nyanyuk.
Ia akan berlaku apabila jantung menggunakan tekanan berlebihan bagi mengepam darah ke urat dan arteri  dan apabila ianya berulang-ulang  kali akan menyebabkan tekanan darah tinggi kronik




SIAPA YANG BERISIKO MENGIDAP TEKANAN DARAH TINGGI?
Ø  Faktor umur
Ø  Faktor keturunan
Ø  Lelaki  (lebih ramai daripada perempuan)
Ø  Pengambilan garam yang berlebihan
Ø  Tidak pengamalkan gaya hidup yang sihat
Ø  Mengamalkan pengambilan ubat pencegah hamil
Ø  Mempunyai penyakit buah pinggang
Ø  Pengaruh penyakit lain


MAKANAN YANG JADI PENYEBAB DARAH TINGGI
Ø  Garam dan sodium – tidak bagus juga untuk penyakit jantung. Sesuai (1500mg perhari).
Ø  Pizza
Ø  Gula
Ø  Lemak tepu/trans – meningkatkan kolestrol jahat
Ø  Kopi – kafein
Ø  Alkohol
Ø  Acar buah/jeruk

TANDA-TANDA :
Ø  Selalu pening kepala,Mudah letih
Ø  Banyak berpeluh/sukar buang air besar
Ø  Sentiasa tidak cergas
Ø  Sesak nafas,Mual
Ø  Hidung berdarah, Pandangan kabur
Ø  Gelisah , stress, susah berfikir
Ø  Pelupa,mudah marah
Ø  Mengamalkan gula berlebihan
Ø   Kebas pada jari tangan dan kaki

KESAN DARI TEKANAN DARAH TINGGI
Ø  Kegagalan jantung untuk berfungsi
Ø  Serangan sakit jantung
Ø  Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik
Ø  Salur darah menjadi keras
Ø  Strok @ angin ahmar
Ø  Pendarahan atau kerosakan pada kawasan sensitif cahaya pada mata



BAGAIMANA MENCEGAH  @ MERAWAT  TEKANAN  DARAH TINGGI?
Ø  Amalkan gaya hidup yang sihat
Ø  Amalkan pemakanan yang sihat
Ø  Belajar mengawal stress/ selalu berfikiran positif
Ø  Kawal berat badan/elakkan obersiti
Ø  Melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi secara berkala
Ø  Mengambil ubat-ubatan yg disyorkan oleh doktor
Ø  Mengambil supplemen yang sesuai


MAKANAN YANG DAPAT MENURUNKAN  DARAH TINGGI
1. KACANG PUTIH
Satu cawan kacang putih mengandungi 13% kalsium, 30% magnesium dan 24% potassium yang diperlukan oleh tubuh badan setiap hari.

2. YOGURT BEBAS LEMAK
Secawan yogurt mengandungi 49% kalsium, 12% magnesium dan 18% potassium.

3. BUAH KIWI
 Sebiji kiwi mengandungi 2% kalsium, 7% magnesium dan 9% potassium.
Tip: Ia mengandungi vitamin C jika dibandingkan dengan buah oren. Bagus dimakan segar.

4. BUAH PIC
Sebiji buah pic sederhana besar mengandungi 1% kalsium, 3% magnesium dan 8% potassium.
Tip: Jika tidak suka dimakan begitu sahaja, boleh juga dijadikan smoothies

5. LADA BENGALA MERAH
Secawan lada ini mengandungi 1% kalsium, 4% magnesium dan 9% potassium.
Tip: Ia mampu tahan sehingga 10 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Masukkan lada ini dalam apa jua hidangan.

6. BROKOLI
 Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.

7. UBI KENTANG MANIS
 Sebiji kentang manis sederhana besar mengandungi 4% kalsium, 8% magnesium dan 15% potassium.

8. AVOKADO
Setengah biji avokado mengandungi 1% kalsium, 5% magnesium dan 10% potassium.
Tip: Bahagian berwarna hijau gelap di bawah kulitnya mengandungi bahan yang boleh menangani masalah darah tinggi.


SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN

ESP
ESP SHAKLEE  bukan sahaja untuk memberikan tenaga, mencantikkan kulit dan sesuai untuk golongan berdiet kerana esp shaklee mampu memberi rasa kenyang. Malahan ianya dapat menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung.
 ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
Terdapat 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung



OMEGA GUARD

Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. 
   Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

   Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.



ALFALFA COMPLEX
Ø  Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
Ø  Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
Ø  Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
              Ø  Membantu membuang angin dalam badan



OSTEMATRIK
Kalsium dan Magnesium berfungsi seperti elektrolit; bermakna ia memberi impak kepada jumlah air di dalam badan, memberi kesan kepada pH di dalam darah, serta memainkan peranan penting dalam kontraksi dan rehat sel otot jantung, menjadikan Kalsium dan Magnesium mineral penting untuk meregulasikan degupan jantung. Di sebabkan faktor ini, suplemen Kalsium dan Magnesium membantu meregulasikan tekanan darah tinggi.


GARLIC   COMPLEX

Bawang putih membantu mencairkan darah, membersihkan darah, dan melancarkan pengaliran darah. Kajian perubatan membuktikan bawang putih memba
ntu menenangkan saraf dan menguatkan jantung. Pengambilan suplemen bawang putih (seperti Garlic Complex) dalam jumlah yang sesuai membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dalam badan, sekaligus membantu menurunkan tekanan darah tinggi.



SUSTAINED RELEASE VITAMIN-C 500MG

Vitamin C penting untuk melindungi pembuluh darah supaya menjadi lebih elastik, sekaligus membantu pengaliran darah menjadi lebih baik. Apabila salur darah dipenuhi kolesterol, plak kolesterol ini akan menempel di dinding salur darah. Tanpa Vitamin C yang cukup, salur darah menjadi kurang elastik, dan lama kelamaan salur darah akan menjadi keras dan mudah pecah. Mereka yang mengalami salur darah pecah seperti pesakit strok adalah disebabkan salur darah mereka tidak lagi elastik, kerana plak kolesterol yang menebal.


VIVIX
Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu dengan tekanan darah tinggi yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana?
Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .
Tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, boleh membawa kepada serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.



Berminat membuat tempahan Sila hubungi Saya Segera :

Kak Sheila
Shaklee Independent Distributor

Contact No : 
wasap.my/60199994406
 Email : sheilazhar@gmail.com

 Postage ke Seluruh Malaysia/ 

COD: Kota Bharu/Wakaf Che Yeh/ Kubang Kerian




Saturday, October 01, 2011

My new gadjet........

Impian ke 4ku tercapai jua akhirnya.......... walaupun harga dan jenama tak seberapa... tapi aku bangga kerna akhirnya aku berjaya memilikkinya.....


Akhirnya...........

my new gadjet.....

Thursday, June 02, 2011

Impianku....



Ini adalah salah satu impianku..... 
cincin berlian bersalut emas putih.....
dah 20 tahun aku impikannya..... 
mengapa terlalu lama untuk aku memenuhi impianku memilikinya.....
Jawabnya...... komitmen... 
menyebabkan impianku memilikinya tertangguh............

Dalam hati selalu bertanya.. 
sempatkah aku memilikinya? 
adakah impian hanya tinggal impian..... 
Mengharapkan ianya dari seseorang... 
tapi aku tak pernah menyatakannya... 
kerana.... 
dah memang itu sifatku selalu pendamkan segala keinginan.....

Teringat satu filem lakonan Liza Surihani dan Farid Kamil.... impian Lisa memiliki cincin berlian dan demi sayangnya seorang suami kepada isterinya.. 
dibelikan cincin tersebut walaupun dia tahu isterinya tak menyintainya............. 
Bertuahkan!!!!!
Itulah tuah ayam nampak dikaki...
tuah manusia siapa yang tahu.....

Aku mengharapkan suatu hari nanti aku pasti memilikinya...... 

glitter-graphics.com

Thursday, May 26, 2011

Monday, April 18, 2011

MASUK PAPER......?????

Obsesi fesyen kembar seiras




Pernah suatu pagi, ketika Aziim dan Amin berjalan kaki ke sekolah. Aziim berlari meninggalkan Amin jauh di belakang. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba Aziim di ganggu sekumpulan pelajar yang nakal. Mereka mengusik dan mengacau Aziim. Lantas dalam ketakutan, Aziim berlari mendapat Amin semula dan terus mengadu kepadanya.

Amin yang merupakan anak pertama daripada tiga adik beradik itu terus berlari dan menyergah kepada pelajar nakal itu supaya jangan mengacau adiknya.

Terlihat sahaja kelibat dua kanak-kanak lelaki kembar seiras pelajar yang nakal itu berlari lintang pukang menganggap Amin dan Aziim merupakan jelmaan hantu.

"Pada waktu itu, saya terpaku dan merasa hairan. Belum sempat saya buat apa-apa mereka berlari meninggalkan kami. Apa yang penting saya dapat menghalang orang yang menyakat adik kembar saya.

"Mungkin pelajar nakal yang mengusik adik saya itu memikirkan kami jelmaan hantu yang mempunyai muka yang seiras," imbas Amin yang sanggup melakukan apa sahaja demi adik kembarnya Aziim.

Sewaktu insiden itu berlaku, mereka berdua baru sahaja mencecah usia enam tahun.

Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh kembar seiras Muhammad Al-Amin Mohd Azhar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala adiknya, Muhammad Al-Aziim Mohd. Azhar yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di universiti yang sama.

Keakraban mereka bagai sukar dipisahkan. Walaupun masing-masing sibuk menguruskan pengajian di bawah universiti yang sama dalam mengejar cita-cita di menara gading.

Sepanjang pengajian mereka di Uniten, Amin dan Aziim saling melengkapi antara satu sama lain. Kemesraan mereka bukan lakonan mahupun paksaan. Sebaliknya, anak sulung dan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu tanpa segan silu menunjukkan kasih sayang mereka yang tersimpul rapi.

Gelak ketawa dan usikan manja Amin dan Aziim membuktikan mereka saling memahami antara satu sama lain.

Hanya menerusi gaya percakapan, bahasa tubuh dan riak muka, Amin sudah memahami adik kembarnya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya terutamanya dalam akademik.

"Sejak kecil sehingga dewasa, kami berkongsi bermacam-macam perkara. Bermula daripada topik persahabatan, makanan, pelajaran sehinggalah hobi, semuanya dikongsi bersama.

"Paling nyata, pelajaran merupakan aset yang paling utama dan kami beriltizam untuk menggenggam segulung ijazah di Uniten kelak," luah Amin dan Aziim yang mempunyai minat yang dan hobi yang sama iaitu menari dan menyanyi.

Nampak gayanya, obses mereka berdua pada dunia fesyen tidak hanya dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, pasangan kembar anak kepada Mohd. Azhar Mohd. Noor dan Roshila Mat Yasin kelahiran Kelantan itu mula meneroka bersama-sama menyertai aktiviti kesukanan dan aktiviti persatuan yang dianjurkan di Uniten.

Memahami golongan muda pada hari ini gemar bergaya funky dan kontemporari, maka kembar yang meminati rona hitam dan putih itu menawarkan pakaian yang berkonsepkan sedemikian.

"Koleksi pakaian kami banyak berteraskan warna-warni dan rekaan yang funky. Usah disebabkan fesyen. Kita perlu berani bereksperimen dengan pelbagai fesyen muda terkini berkonsepkan Jepun dan Korea.

"Kami mempunyai cita rasa yang sama apabila meminati fesyen dan lagu-lagu dari Korea yang menjiwai sifat kami setiap kali membuat persembahan di universiti," kata Amin.

Saturday, January 01, 2011

kim chiu- the moon represents my heart

Hanyu Pinyin

ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing ye zhen
wo de ai ye zhen
yue liang dai biao wo de xin

ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen
wo de qing bu yi
wo de ai bu bian
yue liang dai biao wo de xin

* qing qing de yi ge wen
yi jin da dong wo de xin
shen shen de yi duan qing
jiao wo si nian dao ru jin

* ni wen wo ai ni you duo shen
wo ai ni you ji fen

* ** ni qu xiang yi xiang
ni qu kan yi kan
yue liang dai biao wo de xin

English Translation

You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you…
My affection is real.
My love is real.
The moon represents my heart.

You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you…
My affection does not waver,
My love will not change.
The moon represents my heart.

* Just one soft kiss
is enough to move my heart.
A period of time when our affection was deep,
Has made me miss you until now.

* You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you.

* ** Go think about it.
Go and have a look [at the moon],
The moon represents my heart.


Clip Art